Monday, June 30, 2003

Selamat datang Blogspot ke dalam hidupku. Saya telah mencuba versi blogspot.com seawal memulakan weblog. Pada masa itu saya mendaftarkan dengan URL http://pujangga.blogspot.com dan hari ini melengkapi antara agenda setahun PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P di http://akhimasrawi.cjb.net saya memulakan pula semua versi terkini blogspot.com dengan URL http://akhimasrawi.blogspot.com.

Masalah? Sebenarnya tiada masalah. Cuma sengaja mahu bermesra semula dengan bloger. Semasa mendaftarkan laman Bicara Puitis di http://pujangga.blogspot.com saya tidak betul-betul ingat ID dan password, akhirnya laman itu tidak dapat diakses. Hari ini mendaftar untuk versi baru.

Walau bagaimanapun versi http://akhimasrawi.cjb.net tetap ada. Usah risau, cuma sengaja memeriahkan dunia bloger.

Kata-kata Pujangga: "Keyakinan hanya akan muncul bila was-was dihilangkan."